Thursday, September 2, 2010

SERATA DUNIA

Dengan Nama Allah Yang Maha Pengasih & Maha Penyayang..
Allahuakbar!! Salam Ramadhan buat sahabat-sahabat semua..
Apa khabar iman? Bagaimana kesihatan? Semoga dalam keadaan baik, InsyaAllah...

Qaseh Ramadhan semakin sampai ke penghujungnya, sama-samalah kita merebut peluang yang ada ye..

Serata dunia?? apakah itu?
begini al-kisahnya, alumni-alumni AMAR sedang berjihad menuntut ilmu di serata tempat, samaada dalam mahupun luar Malaysia seperti Mesir, Jordan dan lain-lain.

InsyaAllah, dari masa ke semasa, alumni-alumni AMAR akan bertebaran di serata dunia untuk membawa nama AMAR khususnya dan Islam.

Jadinya, disini hamba paparkan senarai sahabat-sahabat alumni AMAR yang sedang menyambung pengajian. Untuk kemaskini terbaru, dengan izin Allah, pihak kerja AMAR akan "update" dari masa ke semasa.






tidak jelas?? sila tekan ctrl diikuti +












Wednesday, September 1, 2010

MARI BERKARYA

Assalammualaikum & Salam Sejahtera buat warga AMAR..
Alhamdulillah, hari ini sudah masuk 22 hari kita berpuasa, pasti ada sahabat-sahabat yang duduk di rumah sudah mula mengemas itu dan ini untuk persiapan hari raya yang bakal menjelang nanti. Buat sahabat-sahabat yang menyambung pengjian pula, sudah pastilah masih sibuk dengan tugasan dan kuliah..~ sabar ye.. Itu belum cukup lagi dengan sayunya perasaan sahabat-sahabat serta adik-adik yang sedang berjihad menuntut ilmu di Mesir (luar negara). Semoga diri kalian tabah, InsyaAllah, kalian bersama untuk menyokong satu yang lain..


Baiklah, tanpa memanjangkan bebelan hamba, sukacitanya hamba ingin memohon serta mengajak pada sahabat-sahabat kalian untuk meningkatkan lagi keceriaan di blog AMAR ini dengan memenuhi blog ini dengan pengisian berbentuk nasihat, dakwah dan sebagainya.


Jadinya, kepada sahabat-sahabat yang ingin berkarya, bersajak, berpantun, mengutarakan pandangan atau isu, bolehlah menghantarkan karya anda ke ::


amarmelaka@gmail.com (AMAR)
solehah5920@yahoo.com (Nadia Gen'4)




kami menunggu.. ~wallahua'lam~

editor : Nor Nadia Syakila Jamal

Tuesday, August 31, 2010

AMAR di FACEBOOK

..Bismillahirahmanirahim..


facebook?? dizaman teknologi canggih kini, laman-laman sosial seperti facebook, friendster, my space dan sebagainya sudah tidak asing lagi dalam kehidupan seharian kita.. elok atau tidak, ia terpulang kepada individu itu sendiri untuk menggunakannya..
AMAR juga tidak kurang canggihnya, bermula dengan blog, seterusnya facebook. Bukan itu sahaja, SMUAR aka Maahad Ar-Rahmah juga mempunyai laman facebook sendiri..
Jom lihat! Jangan lupa untuk ziarah jugak ye..





AMAR






MAAHAD AR-RAHMAH

Kenali Ma'ahad Ar-Rahmah

 ..Asalamualaikum wbt dan salam sejahtera..
..Semoga warga AMAR dalam keadaan sihat walafiat hendakNya..


AMAR ? AMAR adalah sebuah persatuan yang dibuat khusus untuk bekas-bekas pelajar Sek. Men. Ugama (Arab) Ar-Rahmah aka Ma'ahad Ar-Rahmah


tapi, sebelum kita mengenali AMAR, terlebih dahulu kita kenalah mengenali asasnya AMAR ni, iaitu Ma'ahad Ar-Rahmah




Serba sedikit info dari Ma'ahad Ar-Rahmah:

Matlamat Ma'ahad Ar-Rahmah :

  • Membentuk sikap pelajar mengikut acuan Al-Quran.
  • Memajukan dan memakmurkan pendidikan akademik yang berteraskan agama.
  • Pelajar mampu berdikari dan berbakti kepada masyarakat dan negara.


Visi Ma'ahad Ar-Rahmah :


  • Melahirkan generasi yang beriman dan berilmu serta mampu merealisasikan Islam dalam kehidupan.
  • Melahirkan pelajar-pelajar yang berdisiplin, berpendidikan dan berakhlak mulia yang akan memberikan sumbanganpositif kepada keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara.


Misi Ma'ahad Ar-Rahmah :

  • Menjadikan tapak untuk melahirkan pelajar yang seimbang dunia dan akhirat serta mampu berjihad ke jalan Allah S.W.T
  • Melahirkan dan mengembangkan potensi setiap individu pelajar secara berkesan untuk memenuhi aspirasi agama, bangsa dan negara.