Tuesday, August 31, 2010

Kenali Ma'ahad Ar-Rahmah

 ..Asalamualaikum wbt dan salam sejahtera..
..Semoga warga AMAR dalam keadaan sihat walafiat hendakNya..


AMAR ? AMAR adalah sebuah persatuan yang dibuat khusus untuk bekas-bekas pelajar Sek. Men. Ugama (Arab) Ar-Rahmah aka Ma'ahad Ar-Rahmah


tapi, sebelum kita mengenali AMAR, terlebih dahulu kita kenalah mengenali asasnya AMAR ni, iaitu Ma'ahad Ar-Rahmah




Serba sedikit info dari Ma'ahad Ar-Rahmah:

Matlamat Ma'ahad Ar-Rahmah :

  • Membentuk sikap pelajar mengikut acuan Al-Quran.
  • Memajukan dan memakmurkan pendidikan akademik yang berteraskan agama.
  • Pelajar mampu berdikari dan berbakti kepada masyarakat dan negara.


Visi Ma'ahad Ar-Rahmah :


  • Melahirkan generasi yang beriman dan berilmu serta mampu merealisasikan Islam dalam kehidupan.
  • Melahirkan pelajar-pelajar yang berdisiplin, berpendidikan dan berakhlak mulia yang akan memberikan sumbanganpositif kepada keluarga, masyarakat, bangsa, agama dan negara.


Misi Ma'ahad Ar-Rahmah :

  • Menjadikan tapak untuk melahirkan pelajar yang seimbang dunia dan akhirat serta mampu berjihad ke jalan Allah S.W.T
  • Melahirkan dan mengembangkan potensi setiap individu pelajar secara berkesan untuk memenuhi aspirasi agama, bangsa dan negara.

No comments:

Post a Comment